Taman Warisan Melayu
Bersama dengan National Heritage Board, kami menguruskan dan menganjurkan banyak program dan aktiviti di MHC untuk meningkatkan kesedaran tentang warisan Melayu kita. MHC diletak di dalam bekas Istana Diraja, dan juga sebahagian daripada bandar pelabuhan dan daerah pemuliharaan Kampong Gelam. MHC juga dikenali sebagai Istana Kampong Gelam dan mempunyai artifak dan cerita yang melambangkan lebih daripada 700 tahun sejarah kita. Ia juga kebanggaan warisan Singapura yang kaya dan berbilang budaya. Istana Kampong Gelam telah diwartakan sebagai Tugu Negara pada tahun 2015.
Sejak kerja pembaharuan pada September 2012, MHC menjadi salah satu destinasi bagi lebih daripada 4.6 juta warga Singapura dari usia muda hingga tua, penduduk tetap, dan juga pelancong dari serata dunia. Dengan kerjasama institusi dan pertubuhan lain, MHC menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun, seperti Heritage Hunt di daerah Kamping Gelam untuk kanak-kanak, persembahan budaya bulanan di perjalanan Kampong Gelam, ceramah awam, demonstrasi budaya yang interaktif, tayangan filem secara percuma, dan juga persembahan tempatan dan serantau yang mempamerkan seni tradisional dan kontemporari semasa Malay CultureFest yang berlaku setiap tahun. Ini termasuk Sekolah Assumption English, Sekolah Menengah Bedok Green, ITE College West, Sekolah Menengah Macpherson, dan Madrasah Aljunied Al-Islamiah. Tambahan pula, generasi perintis dari Rumah Kebajikan AWWA, Rumah Tumpangan Warga Tua Jamiyah, dan Peace Connect juga dijemput sebagai tetamu khas bagi program-program kami. Selain meningkatkan pemahaman dan penghargaan warisan Melayu kita, ia juga memperbaiki ikatan masyarakat dan persepaduan masyarakat kami yang berbilang budaya.
MHC juga bekerjasama dengan masyarakat untuk mempamerkan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu melalui siri pameran SeNusantara. Sehingga kini, siri pameran ini berjaya menampilkan golongan Boyan, Jawa, dan Bugis dan sumbangan mereka terhadap sejarah dan pembangunan Singapura. Pameran bagi golongan Banjar dijadualkan pada akhir 2020. Pameran-pameran tersebut mendapat maklum balas yang positif. Sebanyak 85,000 orang mengunjung pameran golongan Bugis.
MHC juga menganjurkan pameran khas yang menumpukan perhatian kepada bahasa, adat, nilai, dan bangsa. Ini membolehkan para kurator untuk mendalami dan meneroka aspek-aspek warisan budaya Melayu, dan bagaimana ia berkembang dalam konteks pemodenan. Pendekatan yang diambil menggabungkan metodologi tradisional bersama dengan alat moden dan gambaran kontemporari untuk meningkatkan mutu pengalaman para pengunjung.
Sila ke laman web https://www.malayheritage.gov.sg/ atau www.facebook.com/malayheritage untuk mendapat berita terkini tentang MHC.