The Malay Heritage Foundation

Program Latihan Amali MHF bagi Pelajar-Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Program ini dimulakan pada tahun 2012 untuk menarik pemuda Singapura dan mendidik mereka tentang warisan Melayu melalui cara-cara yang seronok dan lebih bermakna. Selain penulisan rencana atau menghasilkan dokumentari aspek warisan budaya kita yang semakin pudar, para peserta juga juga dapat memulakan perjalanan mereka untuk lebih menghargai dan menyayangi asal-usul dan identiti mereka. Untuk membesarkan jangkauan kami, rencana-rencana dan video-video tersebut dimuatnaikkan di laman web utama MHF.

Pada masa yang sama, program ini menyediakan peluang bagi para peserta untuk berkumpul dan meraikan warisan kita yang unik, meneroka hubungan budaya kami bersama rantau Nusantara, dan mencipta pengalaman baru yang dapat disimpan sebagai kenangan.

Dr Noor Aisha, bekas Ketua Jabatan Pengajian Melayu di NUS, mengakui bahawa program latihan amali tersebut bantu mengasah bakat penulisan para pelajar. Contohnya adalah Annas Mahmud, salah satu pelajar pertama yang menyerta program ini. Dua rencananya diterbitkan di Singapore Memory Portal, dan mendapatkan maklum balas yang positif. Annas terus melakukan Honours pada tahun 2013, dan menerima ijazah (Honours) Second Class Upper. Beliau terus menjadi kurator bersama National Heritage Board, sebelum sambung belajar untuk mendapatkan ijazah Masters di Jabatan Pengajian Melayu di NUS.

“Saya amat bergembira menyerta program ini kerana saya percaya kemahiran penulisan yang saya pelajari ini akan membantu saya pada masa depan.”
- Annas Mahmud (2013)
“Mengambil bahagian dalam program ini memberi saya peluang untuk cuba sesuatu yang baharu, meningkatkan keyakinan diri saya, dan memperbaiki diri saya.”
- Siti Azimah binte Zailaini (2013)

Sehingga kini, program ini telah memanfaatkan lebih daripada 30 pelajar dari Universiti Kebangsaan Singapura. Sokongan anda akan membolehkan kami untuk melanjutkan program ini supaya ia dapat memanfaatkan lebih pelajar.

Keperincian Program

Tempoh masa: 120 jam (sepanjang satu semester atau 13 minggu). Disarankan para peserta meluangkan masa sekurang-kurangnya satu hari atau 8 jam setiap minggu di pejabat.

Imbuhan: $500 (setelah penyelesaian 120 jam dan tugas-tugas dihabiskan)

Bagi para pelajar dari jabatan Pengajian Melayu dari NUS, sila hantar permohonan melalui penyelia di bawah modul MS3550. Bagi yang lain, anda boleh hantar permohonan anda kepada secretariat@mhf.org.sg. Hanya 2 jawatan kosong akan ditawarkan setiap 13 minggu. Tempoh program tersebut boeh dipanjangkan, sekiranya ada jawatan kosong.

Bahasa Melayu
Scroll to Top