The Malay Heritage Foundation

Warisansg

Kita pendukung seni. kita penyambung nadi
bersama mengemudi , perjuangan ini
yok kita gabung, berhimpun berkampung
yok kita gabung, serum sebumbung
di bahu kita, dijatuhkan titah
junjunglah seni, sanjunglah budaya
biar dari timur, barat, selatan atau utara
satu suara, satu nakhoda, satu selera
bersatu demi warisan, bersatu bina wawasan
berjuang tanpa batasan, tanpa akhirnya

DIPETIK DARI WARISAN DIKIR

warisanSG merupakan satu wadah penerbitan online yang mendokumentasikan dan memudahkan penyebaran maklumat dan cerita warisan Melayu yang bermutu (naratif), seterusnya meningkatkan kesedaran dan menghargai pengetahuan pakar mengenai warisan Melayu. Ia menampilkan koleksi artikel, berdasarkan pelbagai topik yang berkaitan dengan warisan budaya kita, yang ditulis oleh para penulis muda serta bakat-bakat baru yang amat prihatin tentang bagaimana warisan budaya kita telah berkembang dan kekal relevan mengikut arus masa. 

Ia juga menyediakan dokumentasi tentang bagaimana warisan budaya kita yang tidak ketara ini telah berkembang sebagai tindak balas terhadap konteks pelbagai budaya Singapura. Artikel-artikel yang dipaparkan dalam warisanSG ini turut diterbitkan di laman web utama dan diketengahkan di laman Facebook media sosial kami.

SENTIASA BERHUBUNG dengan kami dan berikan komen anda mengenai artikel-artikel yang dipaparkan. Anda juga boleh lungsuri ke laman to facebook.com/MalayHeritageFoundation untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai seni, budaya, dan warisan Melayu di Singapura.

Tentang Logo Kita

Dalam sejarah awal Singapura, banyak kapal tiba di pantai Singapura melalui pelbagai laluan perdagangan maritim di Nusantara. Kebanyakan dari mereka melabuh di pelabuhan kami, membawa dennen mereka perdagangan, pengalaman, dan cerita-cerita yang mempengaruh pembentukan masyarakat. Kini, dunia semakin berubah. Dunia hari ini semakin kecil dengan kemajuan teknologi digital dan info-komunikasi. Oleh itu, sistem bimbingan baru diperlukan untuk melalui perjalanan sulit dalam mencapai pengetahuan dan informasi yang baru.

Gambaran kapal dipilih sebagai penghormatan kepada warisan maritim kita dan bagaimana pedagang, cendekiawan, dan peneroka belayar dari merata dunia untuk menemukan wilayah baru dan memperoleh pengalaman yang berharga. Insiatif ini diketuai MHF, dan juga membolehkan ilmu baru untuk dicipta dan dikongsi, menambah nilai kepada korpus pengetahuan dan informasi yang sedia ada tentang masyarakat.

A Qalam adalah sejenis pena yang diperbuat dari buluh kering, dan digunakan untuk kaligrafi Islam. Konsep ilmu dan menulis sangat penting dalam masyarakat Melayu (seperti yang dilihat di karya-karya sastera dari zaman dahulu) dan agama Islam. Dengan Islamisasi Asia Tenggara, terutama sekali pada abad ke-14 dan seterusnya, penulisan Melayu dalam tulisan Jawi, untuk pengedaran ilmu am dan idea, dan juga pengajaran Islam, menjadi norma selama sekurang-kurangnya 700 tahun. Justeru, Qalam menjadi lambang kebijaksanaan dan pendidikan untuk orang Melayu. Hujung Qalam dipotong condong. Ciri ini menghasilkan gores ke bawah yang besar dan gores ke atas yang kecil. Disebabkan peranannya yang penting dalam sejarah masyarakat Melayu di rantau ini, ia amat tepat untuk melukiskan logo kita dengan menggunakan qalam.

Bahasa Melayu
Scroll to Top